(+603) 5542 0023
icare@ompact.my

Kelebihan-Bisnes-Online-_-Ompact
23 Feb 2016

10 Sebab Kenapa Syarikat Wajib Buat Bisnes “Online”.

/
Posted By
/
Comments0

Dengan kejatuhan ekonomi dunia banyak syarikat yang memikirkan sama ada menjadi “online” atau tidak menjadi “online”. Perniagaan yang menggunakan platform “online” semakin bertambah jualan dan keuntungan. Termasuklah perniagaan kecil yang menggunakan “web”.

Jadi perniagaan “online” sepatutnya dimanfaatkan untuk mendapatkan keuntungan yang lebih. Ada 10 sebab kenapa anda kena mula membuat perniagaan “online”

1) Ekonomi baru.

Internet sebagai medium untuk mencipta ekonomi baru:

  • Anda tidak perlu ada sebuah syarikat yang besar untuk berjaya dalam perniagaan “online”.
  • Banyak syarikat kecil dan sederhana berjaya membina perniagaan “online” yang menguntungkan.
  • Kajian menunjukkan, syarikat kecil dan sederhana menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi pada tahun-tahun akan datang.

 

2) Internet Tempat Sesuai Untuk Perniagaan.

Untuk membuat jualan anda perlukan pelanggan untuk datang ke kedai anda. Jika kedai anda di dalam internet maka mudah untuk pelanggan membeli dengan hanya klik pada pautan-pautan dan lihat pada skrin untuk memilih barang dan membayar secara online.

Pemasaran yang betul boleh menambahkan bilangan pelanggan dan pembeli.

 

3) Imej Syarikat.

Tidak kira anda menjual produk atau servis di luar atau melalui internet. Hari ini anda perlu ada kehadiran korporat dalam internet. Orang akan lihat anda sebagai syarikat yang tidak serius jika tidak mempunyai laman web.

Laman web yang menarik dapat menaikkan imej syarikat, lagi-lagi dengan produk dan servis yang hebat.

 

4) Memberikan Sokongan Pelanggan Yang Lebih Baik.

Tuduhan dan pengekalan pelanggan adalah salah satu faktor utama dalam penilaiaan sesuatu produk/servis.

Dengan teknologi internet, perniagaan “online” dapat berikan sokongan pelanggan yang lebih efektif:

  • Kepuasan pelanggan.
  • Meningkatkan keuntungan.

 

5) Membuat Informasi Mudah Didapati Oleh Pelanggan.

Ketiadaan internet dan teknologi maklumat telah melambatkan proses menghantar produk dan kemaskini maklumat servis kepada pelanggan.

Sekarang anda boleh menambah atau kemaskini sebarang perubahan pada syarikat dan berkenaan produk dan membolehkan seluruh dunia melihatnya dengan masa yang singkat.

 

6) Jimat kos.

Melalui sistem “online” segala urusan perniagaan dapat dimudahkan seperti pengurusan, bil, penghantaran dan lain-lain.

Melalui sistem “online” juga dapat kurangkan 5% daripada kos penyelenggaraan, pembaikan dan operasi mereka. Penjimatan ini boleh bertukar menjadi 50% daripada keuntungan bersih syarikat.

 

7) Perniagaan Selama 24 jam.

Perniagaan anda beroperasi walaupun anda sedang tidur. Perniagaan selama 24 jam adalah kelebihan yang terbesar. Walaupun kedai anda secara fizikalnya tutup tetapi dengan “online” ia tetap buka.

 

8) Kos Permulaan Yang Rendah.

Membina sebuah website tidak perlukan kos yang tinggi. Banyak portal perniagaan sekarang membolehkan anda membina laman web menggunakan ‘template”. Dengan serendah 100$ sebulan anda boleh memliki laman web perniagaan sepenuhnya dengan semua ciri-ciri e-dagang.

 

9) Kehadiran Fizikal Anda Boleh Berada di Mana Sahaja.

Internet membolehkan anda membuat perniagaan di mana sahaja. Lokasi fizikal tidak berapa penting sejak memulakan perniagaan “online” (kecuali untuk beberapa kes).

 

10) Pergi Global.

– Tidak perlu melabur jumlah wang yang banyak.

– Internet membolehkan bayaran yang nominal untuk akses kepada pelanggan yang ramai dari seluruh dunia

– Anda perlu mempunyai idea dan pelan perniagaan yang baik.

– Perlu ada nilai cadangan untuk bakal pelanggan dan perlu percaya padanya dan kebolehan anda.

– Menjadi lebih murah dan mudah dengan teknologi baru tetapi pemasaran di internet semakin mahal.

– “Online”-kan perniagaan anda sekarang sebelum kos pemasaran menjadi sangat mahal bagi syarikat kecil.

Leave a Reply

Premium Ebook Percuma
Bernilai RM 80

Dapatkan Ebook Percuma 14 Resepi Karut Menulis Buat Pelanggan Tak Duduk Diam